When I grow up, I want to be begedil. Kata si kentang!!!

Cara cara kentang mengejar cita2 menjadik begedil : Step 1 : Kentang di goreng sehingga kuning keemasan dan empuk seempuk sofa. Biarkan mere...

Cara cara kentang mengejar cita2 menjadik begedil :

Step 1 :

Kentang di goreng sehingga kuning keemasan dan empuk seempuk sofa. Biarkan mereka bertenang dan sejuk.



Step 2 : Proses menumbuk

Kentang yng dh sejuk dan dah bertenang tadi perlu di tumbuk, di blend atau di-mash kan maka anda memerlukan batu tumbuk, batu giling, blender atau alat alatan yang sesuai asalkan kentang itu boley hancur. Oleh kerana di Q8 ni takde batu tumbuk( ade sebenar tapi x best, de made of kayu atau marble ), perhatian di alihkan kepada blender. Pun tak happening kerna kalau nk blend kena campur air which akan membuatkan kentang itu lembik. Lepas tu kene campur tepung yg akan menghilangkan keaslian rasa kentang. Dgn niat memintak simpati dari En Muddy aku pun mengadu. Jawapan yang di berikan langsung tak membantu. Kata En Muddy : Be creative mummy ! Masa ni la kene kreatif !

Dalam hati trus terflashback cara cara orang dulu2 buat wine. De pijak2 kan grapes tuh.. Boley la kot aplikasi kat kentang ni. Dgn kelebaran kaki aku ni, 3 kg kentang rasa nye 5 minit pijak dah settle kot. Okay..let's try.....






















Kah kah kah.... gile ape nk wat menda bukan bukan. Anyway, ni la cara kreatif aku yang ley terpikir mlm mlm buta tu.




- I found out cara ni lagi pantas dan effecyive compared using batu tumbuk. I had around 3 kg kentang there and it only took 3 round of tenyehan and it's mashed as I want them to be. Ade hikmah takde lesung batu ni kat sini -

Bagi sape sape yang mempunyai masalah dgn anger management atau mempunyai keperluan utk menumbuk seseorang, proses ini amat sesuai utk anda kerana anda boley bayang muka sesape sahaja didalam loyang anda dan start menenyeh. Tenyeh dan tenyeh dan tenyeh. Lepas tu jgn lupe solat sunat taubat mintak ampun heheheheh..

Step 3 : Proses menggaul

Bahan bahan yang diperlukan bawang goreng( preferably home made, lg siokk ), daun bawang dan daun sup di racik halus atau sederhana halus, garam secukup rasa. Minced meat atau sebarang elemen lain boley ditambah mengikut kehendak dan selera masing masing.






- jika rumah anda seperti rumah saya yang ketandusan mangkuk besar, bahagikan kawanan kentang itu kepada dua seperti ini bagi memudahkan proses menggaul-

Bahagikan kedua dua daun dan bawang goreng secara adil dan saksama ke dalam kedua dua mangkuk bg mengelakkan mana mana pihak berkecil hati.



Step 4 : Proses membentuk/menggentel

Setelah daun2 dan bawang goreng serta garam sudah sebati mesra dan nampak boley click dgn kentang tu, boley la mula mengentel dan membentuk mengikut bentuk yang anda mau. In my case, sebab nak jamu tetamu yang ramai lebey afdal aku buat kecik kecik, bite size orang kata. Kalau nak buat besar penumbuk pun boley, takde sape yg marah.



Step 5 : Proses graduasi


- Yeayyyy, aku dh berjaya mencapai cita2 menjadik begedil. Dah ley start gi Jalan TAR nk carik kebaya pakai waktu konvo nanti.. yeayyy yeayyy -

Sabar ye kentang... Cita cita kamu masih belum tercapai.. Kamu perlu melalui satu lg final exam, iaitu ujian menahan marah dalam kepanasan yang tinggi. Jangan khuatir, tidak la sepanas yang kamu sangka, seperti mandi sauna sahaja feeling de. Owhh kamu tak perlu risau dgn baju konvo sebab ianye dah tersedia utk kamu. Made of egg lagikkk..













- Tahniah kentang ! Kini baru la cita cita mu tercapai. Kau kini rasmi nye bergelar sebijik begedil !!! Suka dgn jubah baru kamu ??? -

You Might Also Like

2 thoughts

Flickr Images